Pages

11/3/17

Detailing Tires: Cara mudah untuk membuat tayar realistik

Entry kalini aku share sikit knowledge untuk kengkawan builder aku apply dalam projek nkorang terutama model kit yang berkaitan dengan kereta atau moto. Cara mudah untuk membuat tayar kereta / moto nkorang seakan2 realistik dengan teknik sanding menggunakan moto driller.

ramai geng builder yang tanya aku in person, bagaimana nak dapatkan efek seakan2 tayar realistik pasti ramai di antara builder berasa jengkel dengan melihat kesan lebihan acuan/ seam line di tengah-tengah pelbagai jenis model tayar. Ia kelihatan terutamanya pada tayar jenis perlumbaan slik. tayar seperti ini akan kelihatan buruk, dengan mempelas kesan line pada tayar dengan menggunakan kertas pasir agak "lem" dan makan masa. Selain itu, pengamplasan tidak akan kelihatan seragam. idea kreatif mula singgah ketika aku sedang membina salah satu projek terbaharu (TBA), aku cuba dengan cara yang mudah dan cepat cara ini hamat berkesan untuk meratakan kesan seam line acuan tayar, atau mengawal tayar untuk kelihatan seakan2 tayar tersebut digunakan dalam perlumbaan . Teknik ini agak mudah, nkorang perlukan beberapa item dari local hardware store yang berhampiran dengan nkorang. jom kita mulakan.


Nkorang memerlukan bolt diameter yang b'sesuain, nut, dan dua washer diameter yang sesuai dengan mengikut size tayar. Size tayar yang berbeza akan memerlukan washer yang berbeza.
Semua ini menelan kos dibawah RM5 boleh dapatkan item tersebut di kedai hardware berdekatan dengan nkorang. alatan tambahan ialah nkorang perlukan moto driller atau pemutar skru elektrik, dan papan mengempelas kasar / halus. (Ikut Kesesuaian projek)

*nota tutorial dalam bahasa Inggeris.


The pictures are pretty much self-explanatory - clamp the tire between the washers as shown in the picture, make sure it is clamped tight and centered.


Then clamp the entire assembly into a motor tool or drill, make sure it securely clamped and won't fly off when spinning.


Then take your sanding board, and start sanding. The faster you spin the rotary tool, the faster the tire will be sanded smooth. If you want a more rough looking surface, use coarser sanding board.
This method effectively removes mold seams, and makes tires look realistic, as if they were used/raced. It can also be used on road tires to make thread look a bit worn. Just use fine sanding board and don't scuff the tire too much.


This is how the tire looks after being sanded for 20 seconds - you can do a set of four in less than 5 minutes! No more awkward sanding with sandpaper!


After you sanded the tires and got rid of that ugly mold seam, you can mount the tires on the rims, and further detail them - they will look great on your model now.



11/2/17

Tamiya umum model kit plastik skala 1:24 Honda NSX 2017 keluaran mereka kini sudah mula boleh ditempah


Khas untuk peminat model kit plastik skala 1:24, Tamiya USA telah mengumumkan menerusi laman Facebook mereka bahawa model kit Honda NSX generasi terbaharu keluaran Tamiya kini sudah mula boleh ditempah dan dijual dengan harga yang dicadangkan pengeluar USD$53.00 (RM215).
Setelah dikecilkan dari model NSX sebenar dengan skala 1:24, kit dari Tamiya ini diproduksi dengan dimensi 187 mm panjang, 92 mm lebar dan tinggi 51 mm. Kit ini hadir dengan kerangka casis yang sama dengan kereta sebenar, lengkap dengan sistem suspensi yang serupa. Replika enjin V6 dengan perincian yang teliti juga dibekalkan sekali dalam kit ini.
Bahagian dalaman model kit ini juga tampil dengan perincian yang realistik terutamanya pada bahagian kokpit dan juga panel pintu. Untuk memberikan lebih perincian, kit ini turut dibekalkan dengan metal transfersbagi membolehkan permukaan cermin serta emblem kelihatan realistik selain dari dekal, pelakat badan serta pelekat masking untuk mengecat kemasan pada bahagian cermin.



Pembina kit bebas untuk membina kit ini sama ada sebagai versi pemanduan sebelah kiri atau sebelah kanan, mahupun sebagai versi Honda atau Acura NSX, kerana semua kit tersebut disertakan sekali dalam setiap kotak model ini.
Honda NSX sebenar dijana oleh gabungan hibrid enjin petrol dan tiga unit motor elektrik. Enjin 3.5 liter V6 DOHC turbo-berkembar yang diletakkan pada bahagian tengah kereta akan menyalurkan kuasa 550 hp/550 Nm bersama sebuah motor elektrik Direct Drive berkuasa 47 hp/148 Nm terus ke gandar belakang. Manakala setiap roda hadapan akan dipacu motor elektrik berkuasa 36 hp/146 Nm pada setiap roda, menjadikan kuasa mutlak kereta ini 573 hp/645 Nm.
Model sebenar supercar dari Jepun ini juga diumumkan dijual pada harga 130,000 pound sterling (RM755k) di UK, 180,000 euro (RM815k) di Jerman, AUD420,000 (RM1.28 juta) di Australia dan SGD888,999 (RM2.67 juta) di Singapura.
Sumber : Paultan.org

10/16/17

Hello World !

Hello Everyone.



Salam perkenalan kepada semua rakan modeler. tujuan blog ini di hasilkan bertujuan untuk membantu rakan-rakan modeler untuk berkongsi "knowledge" dan "tips"  dengan modeler yang ingin menceburkan diri dalam hobi model kit. untuk permulaan blogsite ni aku akan start dengan perkara yang basic first.

Ini merupakan posting yang pertama di dalam blog ini, sebenarnya blog ini masih lagi baru dan masih lagi tercari-cari content yang bersesuaian untuk pembaca, secara asasnya blog ini akan berkongsi tentang hobby kit, model kit dan plastic model.

Untuk geng Master modeler you guys are feel free to help us fix the note and facts takut2 ada yang salah kerana few article yang dipost dalam blogsite ini, kebanyakan post yang telah dialih bahasa dari forum yang lain sama ada dengan kebenaran atau tidak. Walaupun begitu kredit akan diberikan kepada mereka yang menghasil tutorial tersebut dan aku akan letak kredit di bahagian footer post.

kepada modeler yang nak featuring dalam blogsite ni jangan segan silu untuk berkongsi hasil karya kalian nanti aku beritahu macam mana nak submit hasil karya kalian.

sekiranya nkorang ada pendapat dan idea yang bernas jgn segan untuk berkongsi dengan aku.
nothing much to type yang penting minat dan hobi kita sama and happy modelling.